EcoWorld Simpang Ampat... sapa yang pernah mai sini angkat tangan? En suami dah ajak haritu oleh kerana nampak parking yang full so kami lalu je...
Ahad lepas dia ajak lagi, masa sampai dah jam 6 ptg guard yang jaga tu dah tak bagi parking kat dalam... dia kata dah nak tutup... adoi kami apa gi park je depan jalan masuk tu... pas nampak banyak parking kat dalam en suami pun masuk je guna laluan keluar tu..
Tak sangka pulak datang kesini hanya sekadar mengisi masa lapang dan bawa anak jalan2.. bila disnap gambar ya Allah cantik jugak .. bila ai upload dalam Fb ramai kawan-kawan kata macam kat oberc plak... hahah ye ye ai pun tak perasan macam kat oberc... walhal dekat rumah je... hehehehe
Sebenarnya sefaham saya lah, pemaju bukak galeri ni untuk pameraan rumah dan hartanah dia yang dalam pembinaan kat blakang tu... tapi oleh kerana dekorasi dia kat depan galeri ni cantik dan boleh di buat tempat santai.. so maka datanglah berpusu-pusu manusia tak kira bangsa agama datang lepak sini amik foto dan sememngnya meletops... kalau ada pasangan pengantin mai dok posing tang ni rasa nya gambar kahwin dia paling kevavoom... hahaha kannn.
Apapun tempat ni memang santai memang leh kekalkan untuk kehadiran orang awam untuk santai-santai petang...
Sesipa yang suka bergambar ala ala tu leh lah mai sini memang superp lah.
Kalau u All tak caya try tengok gamabar-gambar akak yang tak sepower mana ni amik dengan henpon cap ayam je... pastu edit sket lam lightroom dapatlah seperti ni...
so laynnnzzzzz
ada nampak macam kat oberc ka...
masa ai pi bergambar tu awat tak dak felling macam tu pun.
heheheeh
Kalau nak bergambar kat part macam ni kena Q na... hahaha orang ramai nokk.
Ajak anak-anak melompat sekeping gambar sorang ja yang melompat,.... hahahah
Akhir sekali mama pun teringin nak melompat...
Maka dengan ini terupdate lah blog ai yang dah bersawang.. hehehehe