Rasanya dah ramai orang heboh kan pasal pasar kemboja di Padang Tok Mahat ni yang beroperasi pada Hari Sabtu sahaja.. dan yang pasti ramai juga yang tak tahan akan kesesakkan orang ramai.. dan jalan yang jem... penat mak... memang makin hari makin ramai orang membanjiri pasar ni... sebab dah makin popular.. dah macam tempat Wang Kelian agaknya... Khabar dari MIL bagitau orang sungai petani mai bawa rombongan bas... bertolak dari selepas subuh tapi sampai dalam jam 11 pagi... hadoi nak kata bertapa jem teramat... hehehe
Berubah lokasi
So kali ni tak yah risau dah pasal Pasar Kemboja ni sebab sekarang ni pasar kemboja ni dah dibuka setiap hari dan sampai ke malam. Dan yang pasti mestilah tak ada lagi kesesakkan dan kesusahan nak park kereta sebab lokasi dan tempat yang baru ni sangat selesa dan strategik. Berdekatan Econsave Parit Buntar.
Jangn risau harga di Bazaar Pasar Kemboja ni sangat2 murah dan berbaloi2 yang pasti semua orang berpuas hati dan tersenyum gembira bila dah dapat sepasang dua baju atau tudung yang dibeli. Dan sudah tentu orang yang meniaga di Pasar kemboja hari Sabtu adalah orang yang sama meniaga di Bazar Pasar Kemboja.
So apa tunggu lagi jom mai ramai2. Promot lah pulak... hehehe Tambahan nak raya ni kan... mesti ada sahaja yang hendak dibeli...
Kami dah 3 4 kali ulang kesini... selagi tak raya... harus berulang tengok apa lagi yang nak dibeli... hehehehe
Keadaan kedai yang tersusun dan lebih kemas sangat menarik orang ramai kesini..
Menarik tertarik... nak datang kena bawa duit.. hehehe
Kalau datang sini pasti ada sahaja yang hendak dibeli....
Ps : sepasang baju kurung harga serendah RM50
Baju kurung budak RM 35
Gambar 3 kebawah ni adalah Pasar Kemboja siang pasa hari Sabtu di permatang tok mahat... tengoklah... belom sampai pun dah memang sesak giler.... huhu dengan rombongan cik kiah bawa bas sampai 10 buah memang ramai sangat sesak nak menapak pun susah...
Dulu suka borong tudung Haziq dan Nur Kasih... sangat cantik.